© 2016 by Liga Pemuda Malaysia. Dibangunkan oleh unit media Liga Pemuda.

Alamat: 

B-G-15, Pusat Perniagaan Seksyen 8,

Jalan Sungai Jernih 8/1,

48050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

ADUN MUDA

Pada Pilihanraya Umum yang lalu, Liga Pemuda Malaysia telah menghantar 6 orang calon sokongan Liga. Calon-calon ini, telah bertanding di atas tiket Pakatan Harapan, selaras dengan keputusan Ahli Jawatankuasa Pusat yang telah bersidang, dan memutuskan untuk mengambil sikap, berdepan dengan Pilihanraya Umum ke-14. Baca kenyataan media JKP Liga di SINI.

Sungguhpun Liga Pemuda bertegas dengan keputusan, agar tidak ada campur tangan politik dalam organisasi dan keputusan Liga, hasil persidangan Ahli Jawatankuasa Pusat, sikap telah diambil, yakni Liga sama-sama bekerja untuk membuat perubahan didalam tampuk pimpinan negara.

Calon-calon yang disokong ini, adalah merupakan anggota sedia ada Liga, yang telah bersama membantu kelangsungan Liga Pemuda untuk tempoh yang panjang. Mereka juga telah menandatangani sebuah AKUJANJI, yang turut terkandung didalamnya, Deklarasi 13 Mei yang dicapai sewaktu Kongres Anak Muda Malaysia.

Dari 6 calon yang bertanding, 4 calon telah menang di kerusi masing-masing. Mereka, selain menjalankan kerja-kerja sebagai ADUN, juga mesti menjalankan amanah sebagai seorang pemuda, dan menjadi duta kepada Liga Pemuda di kawasan masing-masing.

Berikut senarai ADUN MUDA, Liga Pemuda Malaysia;

SHEIKH OMAR ALI

SHEIKH OMAR ALI

Nama: Sheikh Omar Ali
Umur: 33 tahun
Asal: Kluang, Johor
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Akademi Pengajian Islam UM

Jawatan kini: ADUN Paloh, Johor. Exco Kerajaan Negeri Johor.

Sheikh Omar adalah bekas pimpinan gerakan mahasiswa Universiti Malaya dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS). Sewaktu menjadi mahasiswa, beliau merupakan seorang anak muda yang aktif. Di peringkat kolej, beliau menjadi Ahli Exco Kenegaraan dan Patriotisma Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.

 

Beliau juga adalah merupakan bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) penggal 2007-2009, dan mantan Presiden Ikatan Mahasiswa Islam Anak Johor. Selepas tamat pengajian, beliau terlibat aktif dengan Parti islam Semalaysia (PAS), sebelum dilantik sebagai Setiausaha Eksekutif Sekretariat Pakatan Rakyat Pusat bagi penggal 2010-2013.

 

Beliau merupakan salah seorang pengasas Liga Pemuda Malaysia, dan aktif membantu kerja-kerja Liga, dan pembangunan pemuda.

Pusat Khidmat Masyarakat Dun Paloh boleh dihubungi di talian 07-781 1280

adun paloh

LIM YI WEI

LIM YI WEI

adun kampung tunku

Nama: Lim Yi Wei

Umur: 28 tahun
Tempat lahir: Ipoh, Perak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kewangan), Hong Kong University of Science and Technology

Jawatan kini: Adun Kampung Tunku, Selangor

Lim Yi Wei adalah merupakan Timbalan Pengerusi DAP Socialist Youth (DAPSY) Petaling Jaya Utara, selain merupakan Setiausaha Cawangan DAP Taman Mayang. Bekas Ahli Majlis Petaling Jaya ini, terlibat aktif dalam kerja-kerja pemerkasaan pemuda, sejak zaman belajarnya.

 

Beliau aktif membawa suara anak muda dan wanita menerusi forum dan kerja-kerja lapangan. Beliau juga banyak terlibat dalam acara dan perbincangan dalam bidang sivik-demokratik.

 

Beliau aktif dalam kerja-kerja pemerkasaan anak muda, dan terlibat aktif dalam penganjuran Kongres Anak Muda Malaysia 2017, anjuran Liga Pemuda.

 

Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kampung Tunku boleh dihubungi ditalian 03-795 4724.

edry faizal

edry faizal

adun dusun tua

Nama: Edry Faizal
Umur: 33 Tahun
Pendidikan: Multimedia University (Sarjana Muda Multimedia)

Jawatan kini: Adun Dusun Tua, Selangor

Edry Faizal adalah bekas Felo Penyelidik di Islamic Renaissance Front, pada tahun 2010, sebelum bekerja sebagai Penterjemah bahan-bahan ilmiah pada tahun 2012. Pada tahun 2014, beliau dilantik sebagai Penyelaras Sekolah Demokrasi. Edry merupakan Ahli Majlis Perbandaran Selayang bagi penggal 2016-2018.

Edry adalah merupakan seorang penyanyi rap dalam kumpulan 5forty2, yang digunakan oleh beliau sebagai medium untuk membuat kritikan sosial. Beliau turut menyumbang tenaga dalam multimedia dan seni grafik untuk kempen himpunan Bersih.


Beliau juga adalah penggerak Buku Jalanan Titiwangsa, sebuah perkumpulan independen bertujuan menggalakkan orang ramai, khususnya pemuda, agar menghidupkan budaya membaca, dan mendekatkan masyarakat dengan ilmu.

Edry juga diantara individu yang bergiat aktif bersama Liga Pemuda, sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat Liga Pemuda.

Pusat Khidmat Masyarakat Dun Dusun Tua boleh dihubungi ditalian 03-90212383

young syefura

young syefura

adun ketari

Nama: Young Syefura Binti Othman (Rara)
Umur: 28 tahun
Tempat Lahir: Lumut, Perak
Pendidikan:  WindField International College, Kuala Lumpur (Kejururawatan)

Jawatan kini: Adun Ketari, Pahang

Young Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai Rara adalah aktivis masyarakat, ahli politik wanita muda dan ahli majlis. Beliau merupakan bekas Penyelaras Impian Kelantan, terlibat aktif menguruskan musibah banjir besar yang melanda negeri itu. Beliau seterusnya dilantik sebagai Pembantu Khas Exco Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2015, dan dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kajang untuk penggal 2016-2018.

Perjalanan politik beliau bermula di jalanan. Acapkali terlibat dalam siri-siri demonstrasi yang memperjuangkan pelbagai isu.. Kemuncaknya, beliau ditahan dan direman di bawah Akta Rusuhan dan Akta Perhimpunan Awam ketika Demonstrasi Tolak GST di Ibu Pejabat Kastam, Kelana Jaya.

 

Beliau kini adalah Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan dan AJK DAP Selangor. Beliau terlibat aktif dengan Liga Pemuda, menerusi kerja-kerja bersama di Kelab Bangsar Utama.
 

Pusat Khidmat Masyarakat Dun Ketari boleh dihubungi ditalian 09-2220822