© 2016 by Liga Pemuda Malaysia. Dibangunkan oleh unit media Liga Pemuda.

Alamat: 

B-G-15, Pusat Perniagaan Seksyen 8,

Jalan Sungai Jernih 8/1,

48050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

AKTIVITI

MESYUARAT BIRO DAN SEKRETARIAT IADL DAN COLAP

Persatuan Antarabangsa Peguam Demokratik (IADL), sebuah gerakan yang menghimpunkan peguam-peguam progresif, yang ditubuhkan pada 1946, telah untuk pertama kalinya menganjurkan mesyuarat biro di Kuala Lumpur, Malaysia.

SAMBUTAN 3 TAHUN HIMPUNAN #TANGKAPNAJIB

3 tahun selepas himpunan #TangkapNajib, yang menyaksikan lebih 30 aktivis ditahan, satu majlis peringatan telah diadakan dibawah Kelab Bangsar Utama (KBU). Sebuah forum turut dianjurkan.

forum uec - pandangan anak muda dan mahasiswa

Sebuah forum anjuran Liga Mahasiswa Malaysia telah diadakan di UM pasca Malaysia baru. Forum yang julung-julung kali diadakan di Dataran DTC itu pada awalnya telah diganggu pegawai keselamatan UM.

CALON SOKONGAN PRU14

Menuju PRU 14, Liga Pemuda telah mengambil sikap untuk sama-sama membantu koalisi Pakatan Harapan bagi menjatuhkan PM Najib Razak dan Barisan Nasional. 6 orang calon pemuda telah disokong bagi menghadapi pilihanraya.

#KAMM17

Kongres Anak Muda Malaysia 2017 (KAMM 2017) adalah merupakan satu inisiatif dari Liga Pemuda, bertujuan untuk menghimpunkan anak muda dari semua latar belakang bagi membincangkan hala tuju dan masa depan negara kita yang tercinta.

HIMPUNAN #TANGKAPMO1

Setahun selepas himpunan #TangkapNajib, kali ini mahasiswa mengambil tanggungjawab meneruskan perjuangan menuntut negara ini dibersihkan dari skandal rasuah, dan MO1 ditangkap segera.

HIMPUNAN #TANGKAPNAJIB

Skandal 1MDB menghimpit negara, dengan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Najib Razak terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa.  1 perhimpunan telah dianjurkan pada 1 Ogos 2015 mendesak siasatan dijalankan.

Stripe.png