ANGGOTA PENGASAS

Syukri Razab
Bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), dan kini merupakan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Adam Adli
Bekas aktivis mahasiswa, dahulunya aktif bersama Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Beliau pernah beberapa kali didakwa dimahkamah untuk kerja-kerja aktivisme nya.

Amir Abd Hadi
Penyelaras SUARAM, dan merupakan pengasas kepada Sekolah Aktivisme SUARAM, dan SUARAM Youth. Beliau adalah bekas vokalis kumpulan The Bangsart, sebuah kugiran rock n roll asal Bangsar.

Sheikh Omar Ali
Bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), bekas pimpinan Gabungan Pelajar Islam SeMalaysia (GAMIS), dan kini merupakan Adun Paloh, serta Exco Kerajaan Negeri Johor.

Mandeep Singh
Bekas Pengurus Bersih 2.0, sebuah NGO yang terkenal dengan himpunan menuntut pilihanraya bersih dan adil. Kini beliau merupakan Pegawai Khas bagi Menteri di Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Chan Tsu Chong
Bekas penyelaras NGO Bersih 2.0, pernah juga terlibat aktif bersama SUARAM. Beliau kini sedang menyambung pelajaran di United Kingdom.

Jay Jay Denis
Bekas pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor, dan terlibat aktif dalam organisasi serantau, termasuk organisasi Ahli Parlimen ASEAN Untuk Hak Asasi (APHR)

Safwan Anang
Bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan bekas Timb Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS). Beliau memiliki beberapa pendakwaan atas kerja-kerja aktivisme nya.

Tarmizi Anuwar
Bekas aktivis mahasiswa UPM. Kini melanjutkan pelajaran untuk Ijazah Sarjana kedua di Universiti Mahibol, Thailand.

Johan Ariff
Johan Ariff kini merupakan Ketua AMK Subang Jaya

Hassanal
Pengerusi Angkatan Bahaman Malaysia. Juga merupakan Pengerusi Liga Pemuda Pahang

Shukri Mokhtar
Alumni Sekolah Demokrasi. Kini bertugas membantu kerja-kerja pembangunan belia di Dun Dusun Tua.

Quratulain Atiqah
Peguam muda. Kini aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan termasuk menggerakkan Dapur Jalanan Kuala Lumpur.

Fahmi Zainol
Bekas aktivis mahasiswa. Kini aktif bersama Parti Keadilan Rakyat. Ketua AMK Permatang Pauh.

Abib Ismadi
Penggerak Teori Timur, sebuah gerakan pemuda di Kuching, Sarawak

Vince Tan
Bekas aktivis mahasiswa Universiti Malaya. Kini merupakan peguam hak asasi

Aqiel Abd Rahim
Bekas aktivis mahasiswa Universiti Malaya, juga terlibat aktif bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Ekhsan Bukhari
Bekas anggota sekretariat Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Kini merupakan jurulatih Akademi Mokhtar Dahari

Azira Aziz
Aktif dalam isu keserataan gender. Merupakan graduan dari Universiti Nasional Singapura

Hazmi Hassan
Aktivis Royalti di Kelantan. Bekas calon pada PRU 14 dan merupakan Ketua Pemuda Amanah Kelantan

Ibrahim Yaakob
Bekas aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Amin Landak
Kartunis muda. Terkenal dengan lukisan komik Yak Bok Te. Dituduh kaki lawan ulama.

Muhammad Alshatry
Bekas aktivis mahasiswa UiTM. Terpaksa memotong rambut afro-nya kerana lebih berat dari badan. Kini penyelaras SUARAM

Oma Mohamad
Aktivis masyarakat. Selalu disalah sangka sebagai Loque Butterfingers. Seorang yang baik hati tapi kadang gila.

Hafizuddin Nasarudin
Pengerusi Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), badan bukan kerajaan untuk alam sekitar yang berpusat di Ipoh, Perak.

Heng KC
Penyelaras Greenpeace Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan internasional yang berkempen untuk alam sekitar

Aiman Hakim
Aktivis Kelab Bangsar Utama juga anggota The Bangsart

Amar Afiq Harun
Bekas aktivis mahasiswa. Kini bersama Penggerak Komuniti Pulau Pinang (PEKA)

Indra Musliady
Aktivis KBU. Seorang bekas mat rempit. Selalu dipaksa Sadam untuk beli t-shirt Paja Gombak.

Sadam Kalek
Kaki lumba haram. Pengasas kepada Paja Gombak, kumpulan motorsikal di Gombak, Selangor

Jean Siow
Bekas aktivis Bersih. Kini adalah seorang pendakwaraya

Cyrus Tiu
Kini peguam hak asasi manusia

Michael Cheah
Bekas aktivis Bersih. Kini peguam hak asasi

Nurhadi Muhammad
Seorang aktivis sosial. Sukarelawan untuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan. Pernah ditahan untuk aktivisme-nya

Lau Yi Leong
Bekas aktivis mahasiswa. Kini peguam hak asasi

Lena Hendry
Bekas Penyelaras Pusat KOMAS. Graduan Ijazah Sarjana dari Universiti di United Kingdom

Lee Wai Hong
Bekas Pengerusi Sayap Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor.

Wai Mun
Terlibat aktif bersama sayap pemuda Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor

Dobby Chew
Aktivis hak asasi dan merupakan penyelaras NGO SUARAM. Bekas pensyarah ini adalah pemegang Ijazah Sarjana Undang-undang dari universiti di United Kingdom.

Zoe Randhawa
Bekas Penyelaras NGO Bersih 2.0. Kini merupakan Anggota Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia

Tyra Hanim
Alumni Sekolah Politik. Aktif berbicara isu keserataan gender.

Ashraf Sharafi
Aktivis sosial. Aktif bersama NGO Bersih Sabah, serta terlibat aktif dalam kerja-kerja pembangunan pemuda di Sabah

Hakimi Aiman
Sukarelawan untuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan. Kini menetap di Brunei Darussalam

Nalina Nair
Aktif sejak hari pertama penubuhan Liga Pemuda. Merupakan Setiausaha Wanita DAP Selangor

Young Syefura
Aktif bersama beberapa badan bukan kerajaan. Kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari, Pahang

Adrian Lim
Bekas penyelaras NGO Bersih 2.0. Aktif dalam menyusun gerak kerja himpunan Bersih.

Amir Amin
Aktivis Kelab Bangsar Utama (KBU). Kini menetap di Penang, Malaysia.

Shalizan Saffrim
Aktif menyusun pergerakan pemuda di Pahang, Malaysia.

Gan Yu Lin
Kini penyelaras Bersih 2.0. Aktif bersama sayap pemuda Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor

Edry Faizal
Penyanyi rap dalam kumpulan 5forty2. Beliau adalah bekas Ahli Majlis Selayang, dan kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Dusun Tua.

Muhammad Ashraf
Bekas aktivis mahasiswa. Terlibat aktif bersama Kelab Bangsar Utama (KBU). Macam kutu tapi graduan Ijazah Sarjana Muda Universiti Malaya dalam Sejarah Islam.

Lim Yi Wei
Timbalan Pengerusi DAP Socialist Youth (DAPSY) Petaling Jaya Utara. Bekas Ahli Majlis Petaling Jaya, kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tungku, Selangor