© 2016 by Liga Pemuda Malaysia. Dibangunkan oleh unit media Liga Pemuda.

Alamat: 

B-G-15, Pusat Perniagaan Seksyen 8,

Jalan Sungai Jernih 8/1,

48050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

x

x

Mesyuarat biro dan sekretariat iadl & colap

Mesyuarat biro dan sekretariat iadl & colap

Persatuan Antarabangsa Peguam Demokratik (IADL), sebuah gerakan yang menghimpunkan peguam-peguam progresif, yang ditubuhkan pada 1946, telah untuk pertama kalinya menganjurkan mesyuarat biro di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 5-7 April 2019. Sebuah lagi pertubuhan peguam progresif, Konfederasi Peguam Asia dan Pasifik (COLAP) turut mengadakan mesyuarat sekretariat mereka untuk pertama kalinya di Malaysia, pada tarikh yang sama.

Liga Pemuda telah diberi kepercayaan, menerusi Setiausaha Agung, saudara Amir Abd Hadi, sebagai organisasi hos untuk mesyuarat ini, bersama dengan bekas ahli parlimen Batu, saudara Tian Chua.

Delegasi kedua-dua organisasi ini, datang dari seluruh pelusuk dunia, termasuklah dari Perancis, Amerika, Haiti, Bangladesh, Algeria, Pakistan, India, Jepun, Myanmar, Vietnam, dan Filipina. Pelbagai isu telah juga dibincangkan, seperti penindasan etnik rohingya, serta perjuangan rakyat Palestin. Mesyuarat turut membincangkan kongres IADL yang akan berlangsung di Algeria pada tahun 2020.

Delegasi telah berkesempatan membuat kunjungan hormat keatas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail, melawat pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), serta bertemu dan berbincang dengan peguam-peguam Malaysia.

galeri

galeri