© 2016 by Liga Pemuda Malaysia. Dibangunkan oleh unit media Liga Pemuda.

Alamat: 

B-G-15, Pusat Perniagaan Seksyen 8,

Jalan Sungai Jernih 8/1,

48050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

JAWATANKUASA PUSAT LIGA PEMUDA MALAYSIA

ADAMADLI.jpg

Adam Adli Abd Halim

Presiden

Adam Adli adalah merupakan bekas aktivis mahasiswa, dahulunya aktif bersama Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Beliau pernah beberapa kali didakwa dimahkamah untuk kerja-kerja aktivisme nya.

mandeep_singh.jpg

Mandeep Singh

Timb Presiden I

Mandeep Singh adalah bekas Pengurus Bersih 2.0, sebuah NGO yang terkenal dengan himpunan menuntut pilihanraya bersih dan adil. Kini beliau merupakan Pegawai Khas bagi Menteri di Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Anis_Syafiqah270816.jpg

Anis Syafiqah

Timb Presiden II

Anis Syafiqah merupakan bekas Pengerusi Kesatuan Mahasiswa Malaysia (KESATUAN), dan merupakan jurucakap bagi himpunan #TangkapMO1. Kini merupakan penyelaras NGO Bersih 2.0.

1a.jpg

Mukmin Nantang

Pengerusi Borneo

Mukmin adalah pengasas kepada Suara Mahasiswa, sebuah gerakan mahasiswa berpengkalan di Universiti Malaysia Sabah. Kini aktif bersama Teach for the Needs, memberi pelajaran percuma kepada anak miskin di Sabah.

Jawatankuasa Pusat Liga Pemuda, adalah merupakan badan tertinggi dalam pentadbiran Liga Pemuda. Jawatankuasa ini diikuti oleh Jawatankuasa Negeri dan kemudiannya Jawatankuasa Cawangan.

Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pusat adalah muktamad, selagi mana ianya tidak melanggar Risalah Dasar Liga Pemuda, yang terkandung didalamnya 3 Teras Pemuda dan 10 Prinsip Dasar Liga Pemuda.

Berikut Ahli Jawatankuasa Pusat Liga Pemuda:

IMG_0398.JPG

Amir Abd Hadi

Setiausaha Agung

Amir Abd Hadi adalah penyelaras SUARAM, dan merupakan pengasas kepada Sekolah Aktivisme SUARAM, dan SUARAM Youth. Beliau adalah bekas vokalis kumpulan The Bangsart, sebuah kugiran rock n roll asal Bangsar.

39521921_1810903572296679_37919321320629

Aqil Junaidi

Timb Setiausaha Agung

Aqil Junaidi kini bekerja untuk NGO IKRAM, serta aktif bersama gerakan pemuda dan hak asasi manusia, termasuklah dalam organisasi SUARAM Youth, sebagai Timbalan Pengerusi.

271845_10200179747197542_83610414_o.jpg

Chan Tsu Chong

Bendahari Agung

Chan Tsu Chong adalah bekas penyelaras NGO Bersih 2.0, pernah juga terlibat aktif bersama SUARAM. Beliau kini sedang menyambung pelajaran di United Kingdom.

Syukri-Razab1.jpg

Ahmad Syukri Razab

Jawatankuasa Pusat

Syukri adalah diantara pengasas Liga Pemuda, bekas penyelaras SUARAM,  bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), dan kini merupakan Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Luqman-Hakim-UM.jpg

Muhammad Luqman

Jawatankuasa Pusat

Luqman adalah bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), dan merupakan seorang bekas aktivis mahasiswa yang aktif terutamanya di Universiti Malaya.

5583baf4-b177-46da-b0f1-715e4ae6d56d.jpg

Shakirah Rahman

Jawatankuasa Pusat

Shakirah Rahman adalah seorang aktivis hak asasi, aktif berbicara isu keserataan gender, dan terlibat aktif dengan G Blog, sebuah laman atas talian yang mengutarakan isu-isu berkaitan gender.

39900374_1247729342033459_54689013139222

Hafiz Bai

Jawatankuasa Pusat

Hafiz adalah seorang pakar motivasi, yang berpengalaman dalam memberikan motivasi bagi pelajar sekolah dan universiti. Beliau juga terlibat aktif dengan NGO IKRAM.

18011055_10209439848977295_3326050058945

Dobby Chew

Jawatankuasa Pusat

Dobby Chew adalah merupakan aktivis hak asasi dan merupakan penyelaras NGO SUARAM. Bekas pensyarah ini adalah pemegang Ijazah Sarjana Undang-undang dari universiti di United Kingdom.

26907727_1991685907510045_46140147889980

Jay Jay Denis

Jawatankuasa Pusat

Jay Jay Denis adalah bekas pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor, dan terlibat aktif dalam organisasi serantau, termasuk organisasi Ahli Parlimen ASEAN Untuk Hak Asasi (APHR)

safwan_anang1.jpg

Safwan Anang

Jawatankuasa Pusat

Safwan Anang adalah bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan bekas Timb Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS). Beliau memiliki beberapa pendakwaan atas kerja-kerja aktivisme nya.

MAD_3426.JPG.jpeg

Shazni Munir

Jawatankuasa Pusat

Shazni Munir adalah bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), bekas Timb Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS), dan bekas Presiden PMIUM. Beliau kini Naib Ketua Pemuda AMANAH.

N23.png

Edry Faizal

Jawatankuasa Pusat

Edry Faizal adalah seorang penyanyi rap dalam kumpulan 5forty2. Beliau adalah bekas Ahli Majlis Selayang, dan kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Dusun Tua.

30704200_1932991343439333_51747079941552

Ashraf Mustaqim

Jawatankuasa Pusat

Ashraf Mustaqim adalah merupakan salah seorang calon sokongan Liga sewaktu PRU 14. Kini beliau adalah Exco Pemuda Bersatu dan Exco Pemuda Pakatan Harapan.

Stripe.png