KONGRES ANAK MUDA MALAYSIA 2017

KONGRES ANAK MUDA MALAYSIA 2017

Kongres Anak Muda Malaysia 2017 (KAMM 2017) adalah merupakan satu inisiatif dari Liga Pemuda Malaysia (dahulu dikenali sebagai Demi Malaysia),  berlangsung pada 12-13 Mei 2017, bertempat di Dewan Sivik MBPJ, Selangor. Seramai lebih 500 orang pemuda dari pelbagai latar belakang telah hadir berkongres.

 

Ia bertujuan untuk menghimpunkan anak muda dari semua latar belakang bagi membincangkan hala tuju dan masa depan negara kita yang tercinta.

Mengambil semangat dari gerakan-gerakan terdahulu, KAMM2017 diharapkan dapat mencari solusi, atau sekurang-kurangnya mencari titik pertemuan diantara gerakan anak muda, serta individu yang prihatin tentang permasaalahan dan masa depan negara. 

Setiap individu yang mendaftar menjadi peserta layak untuk:

1. Hadir dan menjadi peserta

2. Membahaskan usul

3. Mengundi usul

OBJEKTIF KAMM17

OBJEKTIF KAMM17

1. MEMPERKUKUH KESATUAN ANAK MUDA MALAYSIA

 

Menyedari kewujudan pelbagai kumpulan anak muda daripada pelbagai latar belakang yang berjuang menuju matlamat yang sama, iaitu perjuangan membina Malaysia sebagai Negara rakyat, dan inilah yang paling utama.

 

Kepelbagaian ini perlu dikoordinasi bagi membentuk satu quantum perjuangan yang lebih padu. Kita harus akui, untuk tempoh masa yang panjang, lebih puluhan tahun, tidak pernah sekalipun anak muda dari semua latar belakang bersama didalam satu platform, membincangkan permasaalahan negara.​

 

Anak muda yang tidak berdiri dalam barisan yang tersusun kukuh, sudah pasti tidak mampu mendatangkan manfaat buat Negara. Kongres ini diharap akan menjadi pentas penyatuan anak muda Malaysia.

2. MENGANGKAT KUASA DAN SUARA ANAK MUDA

 

Tanpa kesatuan, tidak ada kuasa. Tanpa kuasa, suara anak muda tidak akan didengari.

 

Demokrasi yang masih usang menyebabkan suara minoriti kian tenggelam lantas tidak didengari. Dengan kuasa solidariti, suara anak muda akan diangkat. 

 

Kesatuan inilah kuasa dan kekuatan yang belum pernah terbina.

3. MENYUSUN DEKLARASI ANAK MUDA

 

Deklarasi bersama, akan dicapai pada penghujung kongres. Ia akan menjadi dokumen utama, yang akan diperjuangkan bersama oleh pemuda. Deklarasi ini juga, digelar sebagai Deklarasi 13 Mei.

video promo kamm17

video promo kamm17

galeri KAMM17

galeri kamm17

© 2016 by Liga Rakyat Demokratik. Dibangunkan oleh unit media Liga Rakyat Demokratik.

Alamat: 

B-G-15, Pusat Perniagaan Seksyen 8,

Jalan Sungai Jernih 8/1,

48050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.