© 2016 by Liga Pemuda Malaysia. Dibangunkan oleh unit media Liga Pemuda.

Alamat: 

B-G-15, Pusat Perniagaan Seksyen 8,

Jalan Sungai Jernih 8/1,

48050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

DAFTAR ANGGOTA

SALAM PEMUDA

Liga Pemuda kini membuka pendaftaran keanggotaan kepada masyarakat awam. Setiap borang yang diterima, akan disemak oleh Jawatankuasa Pusat sebelum diluluskan.

Setiap individu yang berminat untuk menjadi anggota, digalakkan untuk mendapatkan sokongan dari Anggota Liga Pemuda sedia ada, bagi memudahkan permohonan diluluskan.

Menjadi anggota Liga Pemuda, bermakna anda bersedia untuk mematuhi disiplin organisasi, dan bersedia bersama bergadai tenaga dan wang ringgit demi membangun pemuda dan negara.

Buat masa ini, pendaftaran adalah PERCUMA.

Cuma 3 syarat utama bagi menjadi anggota Liga Pemuda:

 

1. Memahami dasar perjuangan Liga Pemuda dan bersedia bersama membantu perjuangan Liga.

2. Berusia dalam lingkungan 16-40 tahun

3. Warganegara Malaysia

Liga Pemuda tidak mementingkan jumlah anggota, namun kualiti setiap anggota dalam mengangkat agenda pemuda, ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

BORANG KEANGGOTAAN