13 Jan 2020 - Siaran Media

Untuk Hebahan Segera


13/01/2020


1. Adalah dengan ini di sahkan bahawa, Pertubuhan Liga Rakyat Demokratik telah sah didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).


2. Kami telah berusaha mendaftarkan pertubuhan ini sejak tahun 2017, namun ditolak atas alasan halangan dari pihak Polis Cawangan Khas.


3. Dengan pendaftaran ini, sebagai sebuah pertubuhan sah yang berdaftar, kami akan menggugurkan perkataan 'Pemuda' dari nama pertubuhan, kerana pendaftaran pertubuhan belia/pemuda tertakluk dibawah Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007, tanpa menolak kemungkinan mewujudkan sayap pemuda/mahasiswa.


4. Sungguhpun ia diluluskan pada 8 Januari 2020, namun secara tanpa sengaja, mesyuarat penubuhan Liga Rakyat Demokratik telah dibuat pada 22 Julai 2019, tarikh yang sama penubuhan Partai Rakyat Demokratik di Indonesia pada 1996.


5. Jawatankuasa Pusat akan memanggil satu mesyuarat khas bagi membincangkan isu-isu berbangkit.


6. Pendaftaran keahlian, akan dibekukan untuk sementara bagi memberi laluan penyusunan semula struktur organisasi, serta proses meminda perlembagaan.


-Tamat-


Amir Abd Hadi Setiausaha Penaja Liga Rakyat Demokratik

© 2016 by Liga Rakyat Demokratik. Dibangunkan oleh unit media Liga Rakyat Demokratik.

Alamat: 

B-G-15, Pusat Perniagaan Seksyen 8,

Jalan Sungai Jernih 8/1,

48050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.