• Admin

2 Lagi Calon Sokongan Liga Pemuda

Untuk Hebahan Segera 26 April 2018


Kenyataan Media Liga Pemuda Malaysia


Pada tanggal 17 April 2018, Liga Pemuda telahpun mengumumkan 4 orang calon pemuda yang akan disokong, yang antara lain telahpun menandatangani “Aku Janji Pemuda”. Aku janji ini turut mengandungi Deklarasi 13 Mei, sebuah deklarasi pemuda yang dicapai pada Kongres Anak Muda Malaysia 2017.


Calon-calon yang telahpun diumumkan akan disokong Liga Pemuda Malaysia adalah seperti berikut; 1. Sheikh Omar - Calon Dun Paloh (N30), Johor. 2. Hazmi Hassan - Calon Dun Panchor (N07), Kelantan. 3. Ashraff Mustaqim - Calon Parlimen Paya Besar (P84), Pahang. 4. Young Syefura - Calon Dun Ketari (N34), Pahang.


Demi memulihkan negara kita yang tercinta ini, Liga Pemuda percaya satu perubahan bersifat holistik harus berlaku. Kerajaan Barisan Nasional telah gagal mentadbir negara dengan terbentuknya banyak polisi-polisi yang tidak pro-rakyat, serta pemimpinnya yang terpalit skandal-skandal penyelewengan. Maka menuju PRU-14 ini, Liga Pemuda akan memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan, satu gabungan alternatif yang dilihat mampu menumbangkan Barisan Nasional.


Liga Pemuda dengan ini mengumumkan, dua lagi calon pemuda yang akan disokong menuju PRU14. Mereka ialah;

1. Lim Yi Wei – Calon Dun Kampung Tunku (N35), Selangor 2. Edry Faizal – Calon Dun Dusun Tua (N23), Selangor


Bagi membantu calon-calon pemuda ini, Liga Pemuda turut melancarkan ‘Tabung Calon Pemuda PRU14’. Setakat 25 April 2018, Liga Pemuda telahpun berjaya mengutip sebanyak RM11,660.00


Liga Pemuda mengalu-alukan derma orang ramai bagi membantu calon-calon ini menang dikerusi masing-masing, seterusnya menyumbang dalam usaha menjatuhkan rejim Barisan Nasional.


Mereka akan bertanding dibawah bendera Pakatan harapan bagi menumbangkan regim BN.


Derma boleh dibuat ke;

Maybank Lensa Training & Consultancy 512745506143


Liga Pemuda Malaysia turut mengalu-alukan pengumuman calon-calon pemuda yang akan bertanding pada Pilihanraya Umum ke-14, oleh semua parti-parti politik. Liga Pemuda berharap, akan lebih ramai calon pemuda diumumkan pada hari penamaan calon, 28 April 2018 ini.


Dikeluarkan oleh, JK Pusat Liga Pemuda Malaysia

© 2016 by Liga Rakyat Demokratik. Dibangunkan oleh unit media Liga Rakyat Demokratik.

Alamat: 

B-G-15, Pusat Perniagaan Seksyen 8,

Jalan Sungai Jernih 8/1,

48050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.