24 Februari, 2020 KENYATAAN MEDIA LIGA RAKYAT DEMOKRATIK

Untuk Hebahan Segera 24 Februari, 2020


KENYATAAN MEDIA LIGA RAKYAT DEMOKRATIK


Liga Rakyat Demokratik menyatakan kekecewaan ke atas situasi politik yang sedang berlaku dalam negara.


Pergelutan dan percaturan politik tidak munasabah yang sedang disaksikan ini secara langsung mengakibatkan kerugian buat negara apabila jelas telah menimbulkan keresahan masyarakat, ketidaktentuan ekonomi yang serius, ketidakstabilan politik, dan perpecahan yang lebih parah dalam kalangan rakyat. Situasi sebegini adalah perkara terakhir yang sepatutnya berlaku di saat negara sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran semasa.


Kami mengecam tindakan ahli-ahli politik terlibat yang telah mengutamakan kepentingan sendiri berbanding kepentingan rakyat. Kami turut terpanggil untuk mengajak rakyat bersatu-padu menghadapi situasi ini, dan menyatakan bantahan terhadap mana-mana amalan politik tidak bermoral seumpamanya oleh mana-mana pihak.


Kami juga bersedia untuk menyokong segenap usaha terutama dari kalangan gerakan masyarakat sivil dalam memulih dan mempertahankan hak demokratik rakyat Malaysia.


-Tamat-


Jawatankuasa Pusat Liga Rakyat Demokratik


--------------------------------------------------------


FOR IMMEDIATE RELEASE February 24, 2020


PRESS STATEMENT BY PEOPLE'S DEMOCRATIC LEAGUE


The People's Democratic League expresses our grave disappointment of the country’s current political situation.


The unreasonable political arrangement and scuffle is detrimental to the nation and clearly caused public anxiety, serious economic uncertainty, political instability, and even larger divisions amongst the people. This is the last thing that should have happened at a time when the country is already facing various challenges.


We strongly criticize the actions of politicians involved who put their own personal interests above the People’s interests. We are also called to bring the People together to unite their voices against any such immoral political practices by any political parties.


We are prepared to support all efforts especially from civil society movements in restoring and defending the democratic rights of Malaysians.


-END-


Central Committee People's Democratic League

© 2016 by Liga Rakyat Demokratik. Dibangunkan oleh unit media Liga Rakyat Demokratik.

Alamat: 

B-G-15, Pusat Perniagaan Seksyen 8,

Jalan Sungai Jernih 8/1,

48050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.