© 2016 by Liga Rakyat Demokratik. Dibangunkan oleh unit media Liga Rakyat Demokratik.

Alamat: 

B-G-15, Pusat Perniagaan Seksyen 8,

Jalan Sungai Jernih 8/1,

48050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

  • Admin

Agamawan Yang Merosakkan Agama

Oleh: Irham Masiri


Kita sangat mencintai agama ini seperti mana kita tidak mahu air minum kita dikotori. Secara tidak sedar, agama Islam ini telah tersebar dan berkembang sejarah 1400 tahun yang lalu ketika Allah mengutuskan Nabi Muhammad kepada umat manusia.


Hari ini kita lihat, agama ini sampai kepada kita dalam keadaan yang terjaga rapi dan jelas bak mentari. Allah telah berfirman (yang artinya): “Sungguh Kami telah menurunkan Adz-Dzikr (Al Qur’an), dan Kami pula yang benar-benar akan menjaganya“. (QS. Al-Hijr: 9). Tapi tahukah kita, agama sebelum ini banyak di rosakkan oleh agamawan mereka sendiri.


Jika kita lihat pada zaman Nabi Nuh a.s, kaum ini menyembah berhala yang di sebut dalam Al-Quran surah Nuh ayat 23 sebagai wadd, suwwa’, yaghuts, ya’uq dan nasr (nama-nama berhala zaman itu). Mereka adalah nama-nama orang soleh di kalangan kaum Nuh.


Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata ketika menjelaskan sembahan-sembahan kaum Nuh dalam ayat di atas, “(Itu adalah) nama-nama orang shalih di kalangan umat Nuh. Ketika mereka meninggal, syaitan membisikkan kepada kaum Nuh untuk membuat patung-patung di tempat-tempat mereka beribadah, serta menamai patung-patung tersebut dengan nama-nama mereka. Kaum Nuh pun menuruti bisikan tersebut, namun patung tersebut belum sampai disembah. Ketika kaum Nuh tersebut meninggal, dan hilanglah ilmu, patung-patung itu pun akhirnya disembah.” (HR. Bukhari 4920).


Jika agamawan selepas kematian orang soleh itu menghalang daripada mencipta berhala, pasti perkara ini tidak berlaku.


Kita juga dapat lihat bagaimana agama Kristian ini akhirnya berpecah kepada Katolik dan Protestan. Ini disebabkan pada zaman ini agamawan mereka telah melakukan rasuah untuk mendapatkan kedudukan yang tinggi. Akhlak paderi itu sendiri yang rosak kerana mereka adalah teladan untuk orang awam.


Selain itu, para paderi ketika itu juga menjual surat penghapusan dosa untuk membina gereja yang megah. Perkara ini akhirnya ditentang oleh Martin Luther yang akhirnya mewujudkan dua puak; katolik dan protestan.


Jika kita lihat pula Agama Yahudi (Judais), mereka ini bukan lah tidak tahu bahawa Nabi Muhammad ini adalah nabi yang terakhir, tetapi mereka ini tetap berdegil untuk menerima kenyataan bahawa nabi terakhir bukan dari kaum mereka akan tetapi dari arab quraisy.


Ini kita dapat lihat apabila di Yathrib, kaum arab dan yahudi seringkali bergaduh sesama mereka, apabila kaum yahudi ini kalah dalam perang, mereka akan berkata pada kaum arab bahawa “masanya telah dekat, untuk seorang nabi yang akan bangkit dalam kitab kami, jika dia bangkit kami akan ikut dia dan kami akan menjadi kuat dan kami akan bunuh kalian”

Ini juga menjadi faktor besar orang Madinah mudah menerima islam.


Begitu juga Islam, agama ini telah cuba diserang dan dirosakkan oleh ramai orang sejak 1400 tahun yang lalu. Agama ini pernah diserang oleh pemikiran muktazilah, tapi agamawan kita bangun melawan seperti Imam Ahmad. Agama ini juga pernah di serang kumpulan al-Hasyisyyun(syiah) dan kumpulan ini di tentang oleh Nizam al-Mulk.


Agama ini juga akan dirosakkan dengan perkara-perkara baru yang tiada asalnya dalam agama, seperti mana agama-agama yang sebelum ini dirosakkan oleh perkara yang baru.

Terlalu banyak usaha untuk merosakkan agama ini tidak kira dari orang Islam mahupun kafir, tetapi agama ini tetap teguh dan asli kerana tuhan telah berjanji untuk menjaganya.


Semua agamawan perlu memahami perkara asas dalam agama ini, supaya tidak menjadi asbab rosaknya agama ini.


Jika agama ini rosak, apa bezanya agama kita dengan agama mereka?



IRHAM MASIRI ialah aktivis Belia Harmoni Pantai Dalam.


Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Liga Pemuda.