© 2016 by Liga Rakyat Demokratik. Dibangunkan oleh unit media Liga Rakyat Demokratik.

Alamat: 

B-G-15, Pusat Perniagaan Seksyen 8,

Jalan Sungai Jernih 8/1,

48050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

  • Admin

AKU INI SEORANG KIRI

Dua helai makalah Marx telah aku baca, Maka hari ini aku telah menjadi kiri, Aku melihat disekeliling, Darahku meluap-luap.


Ramai temanku rupanya orang kanan! Ingin aku ludah muka mereka, Kataku dalam hati, Masakan mereka tidak membaca makalah ini!


Amarahku tidak tertahan lagi, Aku harus bertindak! kataku lagi, Lalu aku mengambil langkah seperti orang-orang kiri, Turun dan melakukan aksi.


Aku lihat temanku di penghujung jalan, Tangannya sedang memberi makan gelandangan, Tapi dia bekerjasama dengan orang parti kanan! Aku berperang dengan perasaan.


Aku tidak mampu lagi berfikir panjang, Lalu aku tarik tangannya, sambil aku pekikkan; “Tidak ada guna kamu memberi makan! Kamu tidak kiri, cuma sekadar seorang liberal!”


Kawanku hanya tersenyum.


Katanya;


“Kawan, Jarang benar aku melihat kamu dengan rakyat bawahan, Tapi hari ini kamu telah menjadi kiri dan aku kanan, Pulanglah kawan.”


“Baliklah kepada temanmu, Duduk, bincang dan beronanilah sesama sendiri, Jika ini caranya seorang kiri, Tinggalkan sahaja aku sendiri.”


Amir Abd Hadi