© 2016 by Liga Rakyat Demokratik. Dibangunkan oleh unit media Liga Rakyat Demokratik.

Alamat: 

B-G-15, Pusat Perniagaan Seksyen 8,

Jalan Sungai Jernih 8/1,

48050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Henti Intimidasi Terhadap Fadiah Nadwa Fikri

Untuk Hebahan Segera 1 Mac 2020


Henti Intimidasi Terhadap Fadiah Nadwa Fikri


Liga Rakyat Demokratik mengambil maklum, akan kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, yang menyatakan bahawa siasatan akan dijalankan keatas aktivis sosial, Fadiah Nadwa Fikri, berikutan himpunan aman yang dianjurkan pada 29 Februari 2020, susulan kemelut politik negara.


Liga Rakyat Demokratik menyatakan bantahan sekeras-kerasnya, dan menggesa agar intimidasi keatas aktivis yang menganjurkan mana-mana himpunan aman, dihentikan segera. Berhimpun secara aman adalah hak yang asasi, yang perlu dijamin dan dijaga oleh semua pihak.


Akta Hasutan adalah undang-undang drakonian, yang telah digubal oleh penjajah pada tahun 1948 untuk menahan dan memenjarakan pejuang kemerdekaan.


Kami sekali lagi menggesa agar intimidasi yang dilakukan keatas Fadiah Nadwa, dihentikan segera.Mansuh Akta Hasutan, henti intimidasi!


Amir Abd Hadi Setiausaha Agung Liga Rakyat Demokratik