PELANTIKAN PENYELARAS LRD NEGERI KELANTAN DAN PAHANG

11/03/2020

PELANTIKAN PENYELARAS LRD NEGERI KELANTAN DAN PAHANG

Jawatankuasa Pusat Liga Rakyat Demokratik (LRD) telah bersetuju untuk melantik Penyelaras LRD bagi Negeri Kelantan dan Pahang.


Penyelaras negeri adalah bertanggungjawab menyusun pergerakan LRD negeri, seterusnya membentuk Jawatankuasa Negeri.

Encik Mohd Afiq Ayob dilantik sebagai Penyelaras LRD Negeri Kelantan, manakala Encik Hassanal Hassan Basri bagi negeri Pahang.

Kedua-dua mereka adalah merupakan anggota LRD yang komited, yang telah bersama dengan LRD sejak awal penubuhan.

Diharapkan dengan pelantikan ini, LRD akan terus bergerak subur di negeri Kelantan dan Pahang.

Senarai penyelaras bagi negeri-negeri lain akan diumumkan dalam masa terdekat.

-tamat-

Jawatankuasa Pusat Liga Rakyat Demokratik

© 2016 by Liga Rakyat Demokratik. Dibangunkan oleh unit media Liga Rakyat Demokratik.

Alamat: 

B-G-15, Pusat Perniagaan Seksyen 8,

Jalan Sungai Jernih 8/1,

48050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.