© 2016 by Liga Rakyat Demokratik. Dibangunkan oleh unit media Liga Rakyat Demokratik.

Alamat: 

B-G-15, Pusat Perniagaan Seksyen 8,

Jalan Sungai Jernih 8/1,

48050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

  • Admin

Penangguhan Kongres Anak Muda Malaysia 2017

Sukacita dimaklumkan, setelah melalui beberapa proses perbincangan, dan meneliti semula keputusan serta perkembangan semasa, Kongres Anak Muda Malaysia 2017 yang direncanakan berlangsung pada bulan ini dengan sebulat suara akan ditangguhkan ke tarikh baharu iaitu 13 dan 14 Mei 2017.


Penangguhan ini bakal memberi ruang yang lebih selesa kepada Demi Malaysia dan teman- teman penganjur bersama untuk bertemu dan memperluaskan lagi jaringan, terutama bagi menggembleng kumpulan-kumpulan belia dan badan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh Malaysia untuk bersama dengan kongres yang bakal diadakan.


Mengambil kesempatan dalam ruang ini, pihak kami turut ingin menyatakan kebersamaan dan setiakawan kami ke atas gerakan rakyat dari pelbagai lapangan; baik kumpulan pelajar, aktivis politik dan sosial, pejuang alam sekitar dan hak orang asal, penentang rasuah dan salah guna kuasa, serta setiap yang bangkit dan bersuara dalam zaman yang merudum ini. Adalah menjadi harapan besar kami agar Kongres Anak Muda Malaysia 2017 kelak mampu menjadi landasan kepada seluruh anak muda semua bangsa dari setiap lapisan masyarakat meluahkan visi dan aspirasi mereka untuk Malaysia.


Semoga penangguhan ini mampu memberi lebih peluang untuk kita maju ke hadapan bersama.


Terima kasih.


Kenyataan bersama oleh,

Anis Syafiqah Pengarah Program I Kongres Anak Muda Malaysia 2017

Adam Adli Pengarah Program II Kongres Anak Muda Malaysia 2017