© 2016 by Liga Rakyat Demokratik. Dibangunkan oleh unit media Liga Rakyat Demokratik.

Alamat: 

B-G-15, Pusat Perniagaan Seksyen 8,

Jalan Sungai Jernih 8/1,

48050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

  • Admin

Siapa Aku?

Oleh: Suffian Rahman


Andai ku boleh memilih, perlukah ku pilih Melayu?


Pergolakan jati diriku bermula sejak kecil lagi.


Sewaktu di perantauan.


Umurku mungkin 7 atau 8.


Di bangku sekolah, hanya aku yang Melayu.


Yang lain? Dari pelbagai kaum.


British. Mesir. Jamaica. Jerman. Syria. Bangladesh. Perancis. Belanda. Arab. Pakistan. Itali. Afrika.


Hanya aku yang Melayu.


Tapi, aku belum sedar bahawa aku seorang Melayu.


Di peringkat antarabangsa, aku orang Malaysia.


Di sekolah, di rumah, di taman permainan, di majlis kedutaan… Asal aku tetap Malaysia.


Lagipun, teman-temanku sewaktu itu tidak mungkin mengerti beda antara Melayu dan Malaysia.


Tidak mungkin peduli sama sekali dengan perihal kaum.


Kami hanya kanak-kanak.


Aku hanya orang Malaysia.


Itu yang penting, yang benar.


Aku anak diplomat.


Hidupku di sana hanya buat sementara.


Tanahair ku Malaysia.


Tapi, bila aku pulang, kaumku pula yang asing.


Baru ku sedar, bangsa Malaysia lebih daripada satu.


Melayu.


Cina.


India.


Dan Lain-Lain.


Dan aku pula yang digelar Mat Salleh Celup.


Bukan kerana warna kulitku.


Tapi kerana bahasaku.


Budayaku.


Mindaku.


Masa itu, aku belum pandai berbahasa Malaysia.


Aku hanya erti berbahasa Inggeris.


Jadi, aku dianggap angkuh oleh ‘saudara’ Melayu di sekolah.


Riak.


Lupa diri.


Kurang ajar.


Mat Salleh Celup.


Aku dimaki. Dipukul. Dipulau.


Disingkir.


Aku mula rasa kecewa dengan kaum Melayu sesaat itu.


Alangkah sedih.


Speaking, mereka membisik.


Perbicaraan kian berlangsung.


Aku diterima oleh kaum yang lain.


Bahasa Inggeris, rupanya, hanya salah satu dari bahasa mereka.


Teman eratku Cina, India, Punjabi.


Di mana Melayuku?


Sebenarnya, aku tidak langsung punyai darah Melayu.


Aku bukan Mat Salleh Celup, aku Melayu Celup.


Keluarga bapaku Minang, dari Sumatra.


Keluarga emakku bangsa campuran Aceh, Arab, India, Cina and Turki.


Habis tu, di mana Melayuku?


Di hati? Di ungkap di mulut? Atau hanya dicetak di atas borang?


Namun, apabila dewasa, ku sedar; kaum itu tidak penting.


Bangsa, mungkin sekali.


Hakikatnya, kami hanya manusia.



SUFFIAN RAHMAN adalah pembaca blog Liga Pemuda.


Puisi ini adalah karya peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Liga Pemuda.