© 2016 by Liga Rakyat Demokratik. Dibangunkan oleh unit media Liga Rakyat Demokratik.

Alamat: 

B-G-15, Pusat Perniagaan Seksyen 8,

Jalan Sungai Jernih 8/1,

48050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

  • Admin

Syabas Buat Kemenangan Rakyat


12 Mei 2018 Untuk Hebahan Segera

SYABAS BUAT KEMENANGAN RAKYAT

Liga Pemuda Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pakatan Harapan, diatas kemenangan pada PRU-14.

Kita telah berjaya membuktikan bahawa perubahan itu tidak mustahil untuk berlaku.

Liga Pemuda juga mengucapkan tahniah buat calon-calon sokongan Liga yang bertanding. Empat dari enam yang bertanding telah menang.

Gerak kerja mereka akan dipantau, dan Liga akan memastikan mereka komited dengan akujanji yang telah ditandatangani.

Liga Pemuda mendesak agar syarat daftar tubuh pertubuhan belia yang tidak masuk akal, yang tertakluk dibawah Akta Pertubuhan Belia 2007, dilonggarkan.

Kerajaan baru ini, wajib menjalankan tugas mereka dengan amanah, dan menunaikan setiap janji yang telah dibuat, terutamanya dari sudut pembangunan pemuda.

Semoga negara kita tercinta ini dapat bangkit semula, dan menjadi sebuah negara maju, dengan hak setiap rakyat dapat dijaga.

Malaysia bangkit!

Dikeluarkan oleh, JK Pusat Liga Pemuda Malaysia