© 2016 by Liga Rakyat Demokratik. Dibangunkan oleh unit media Liga Rakyat Demokratik.

Alamat: 

B-G-15, Pusat Perniagaan Seksyen 8,

Jalan Sungai Jernih 8/1,

48050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Syabas Buat Suara Mahasiswa Universiti Malaya

13/03/2020 Untuk Hebahan Segera SYABAS SUARA SISWA UNIVERSITI MALAYA Liga Rakyat Demokratik mengucapkan tahniah diatas kemenangan bergaya muafakat Suara Siswa, yang dianggotai Demokrat Universiti Malaya, UMANY serta Angkatan Mahasiswa dalam pilihanraya kampus Universiti Malaya yang baru melabuhkan tirai semalam. Walaupun dikhabarkan terdapat usaha-usaha untuk menggunakan isu perkauman, serta isu politik luar, Suara Siswa tetap gah dan mendapat sokongan majoriti mahasiswa Universiti Malaya. Ini adalah cerminan masa hadapan yang cerah buat negara. Universiti Malaya, sebagai sebuah universiti tertua di negara, dengan sejarah perjuangan yang panjang dalam memperjuangkan kebebasan akademik dan ruang demokrasi, sudah pasti menjadi tumpuan umum. Semoga semua yang terpilih dapat menjalankan mandat yang telah diberikan mahasiswa dengan penuh amanah, dan terus menjadi suara serta benteng buat mahasiswa, dan bukan buat pentadbiran. Terus bersuara, terus berjuang dan usah gusar melakukan kesilapan dan kesalahan, kerana memang tugasnya seorang mahasiswa adalah untuk belajar dan mencabar! Salut! Dikeluarkan oleh,

Jawatankuasa Pusat Liga Rakyat Demokratik